TIP PELABURAN EMAS FIZIKAL....
- Jangan laburkan kesemua aset tunai anda kepada pelaburan emas kerana anda mungkin memerlukan wang dalam tempoh masa segera di masa hadapan.
- Jika anda ingin menjual dalam keadaan 'kecemasan' sudah tentulah anda tidak mendapat tawaran harga terbaik.
- Jangan melakukan spot gold/top up hutang setelah tempoh 6 bulan sampai. Bayar upah simpan dengan wang anda sendiri kerana anda boleh mengekalkan upah simpan lama jika anda membayar upah simpan dengan wang sendiri.
- Cuba untuk membuat bayaran secara bulanan kepada pihak bank dan tidak menunggu sehingga 6 bulan.
- Anggaplah pembelian EMAS semacam bentuk force saving (simpanan paksaan) yang memberi keuntungan di masa depan.
- Jangan terlampau mempercayai janji2 ejen jualan emas yang menjanjikan pulangan yang terlampau tinggi. Kenaikan harga emas setahun secara puratanya 30% setahun. Juga harus diambil kira sphread jual/beli(5-15%) dan juga upah simpanan arrahnu jika anda menggunakan perkhidmatan ar-rahnu semasa pembelian.
- Ingatlah bahawa setiap pelaburan mempunyai risikonya tersendiri, begitu juga dengan pelaburan emas. Jadi, melaburlah atas risiko sendiri
dan janganlah menyalahkan orang lain diatas kegagalan anda....
KERATAN AKHBAR & MAJALAH TENTANG EMAS....
HATI - HATI PILIH EJEN PELABURAN EMAS...
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Orang ramai diingatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih ejen sebelum membuat sebarang pelaburan melibatkan jongkong emas.
Profesor Ekonomi, Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Amir Baharuddin berkata, perkara itu penting bagi mengelakkan pelabur menjadi mangsa penipuan ejen yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, orang ramai harus berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu latar belakang ejen dan memastikan ejen tersebut berdaftar serta bertauliah.
“Harus diingat ada ejen yang mengambil untung atas angin, jadi adalah lebih baik sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan sebelum bersetuju untuk membuat pelaburan.
“Jangan mudah percaya dengan kata-kata ejen yang menjanjikan keuntungan berlipat ganda kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas rintihan pengadu dikenali Tsuri di dalam ruangan Forum Utusan Malaysia semalam yang merasakan dirinya tertipu selepas cuba menjual semula ketulan emas miliknya di sebuah kedai dengan harga yang lebih rendah daripada harga belian dan semasa.
Tambahnya, adalah lebih baik sekiranya pelaburan emas itu dijadikan pelaburan jangka panjang dan bukannya untuk pelaburan jangka pendek.
Sementara itu, Profesor Kewangan dan Perbankan di Kolej Perniagaan, UUM, Prof. Dr. Norhayati Ahmad menegaskan orang ramai perlu meneliti dan mengkaji pelaburan emas yang ingin disertai.
Katanya, sebelum membuat pelaburan, orang ramai haruslah mempersiapkan diri dengan mendapatkan pengetahuan berkenaan selok-belok pelaburan.
“Dengan adanya pengetahuan, ia sedikit sebanyak membantu dalam membuat keputusan dan mengelakkan diri daripada ditipu.
“Oleh itu, sebaiknya sebelum membuat sebarang keputusan kita sudah memiliki pengetahuan secukupnya berkenaan dengan pelaburan yang ingin kita sertai dan orang di dalamnya,” katanya. – Utusan Malaysia Online
Apakah Ar-Rahnu?
Definisi dari sudut syarak :
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............." (Surah al-Muddaththir 74:38)
Pengertian , Hukum dan Rukun Ar-Rahnu
1. Pengertian:
- Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima".
- H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar".
- Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
- Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman.
2. Hukum:
- Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang (Al-Baqarah : ayat 283)
- Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
- Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang. Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya" (Riwayat Al-Bukhari)
- Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya" (Riwayat Tirmidzi)
3. Rukun :
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
- Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang.
- Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman.
- Barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman.
- Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang.
- Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian.
No comments:
Post a Comment